Sunday, 4 October 2020

Alhamdulillah. Aku lulus ujian test JPJ lesen kereta auto

Assalamualaikum. 

Hi korang yang otw test JPJ lesen kereta Auto. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat. Aku doakan semoga korang semua akan lulus dgn jayanya. Berdoa banyak2, jangan lupa step yg cikgu ajar. Sebab setiap sekolah memandu yg korang belajar. Cikgu akan ada FORMULA masing2 utk ajar anak murid dia. Btw, aku lulus pd umur 30. Ya Allah. Lambat kan aku ambik lesen? Sebab aku tak yakin. Hahahahaha. 

Sebelum ni aku ambik kelas kereta manual. Sebelum terlupa, lesen L aku almost 2 years. Bulan 3 - 2021 akan expired. Cikgu aku dah nak booking Pra Test, aku tak boleh buat dah. Sebab kereta asyik termati je. Kau ghasa? Hahahahaha. Tu yang mak aku suggest tukar ke kelas Auto. Bekat doa mak jugak la, daoat cikgu baik, bekas tentera lagi. Cara dia & cikgu manual aku mengajar, walaupun kena basuh. Tapi slow aku ni masih blh masuk lagi ilmu yg dorang bagi. Thanks cikgu. Aku tambah kelas sehari sebelum test JPJ. Alhamdulillah aku berjaya harungi dua bulan kelas auto ni dengan jayanya. Tapi, aku respect awek2 yang boleh bawak manual ni. Rare. Aumm.


Masa hari test JPJ: 

Take note k guys. Baca la doa apa2 yg korang pernah belajar utk bagi cepat lulus tau. Lepas tu, hafal step, formula dan rajin2 review blog cara2 nak terangkan komponen2 dalam dan luar kereta tu, walaupun kau tu slow atau lambat tangkap mcm aku. Sangat2 penting. Jangan biasakan diri dgn apa yg kita dah biasa buat. Alhamdulillah, aku lulus ujian tu walaupun aku jenis kelam kabut, nervous dan especially MELATAH. Hahhahhaa. 


Date test jpj aku baru ni 30/09/2020, dekat selangor area. Terbahagi dgn 3 sesi. No 1 hingga No terakhir. Dan test JPJ ni ada 3 bahagian. Lain sekolah memandu, lain permulaan test tau. Tak sama. Dan ikut jugak pada JPJ yg buat test utk sekolah korang nanti. 

Sebelum nak start test tu, korang akan diberi taklimat dalam setengah jam. Berkaitan dengan cara2 dengar arahan dari Pegawai JPJ yg bertugas. Atau alert bahagian mana yg perlu korang toleh utk tekan hon dan angkat tgn. Sblm ni, cikgu aku ajar jgn main hon. Sbb aku pn mudah terkejut. 😌

Masa nak taklimat ni. Aku terlambat sampai. 8.35 am. Tercungap cungap jalan ke bilik utk sesi 1. Aku dengan segan silunya duduk dekat kerusi depan sekali. Bagi salam dan mintak maaf sbb lambat. Yg lain lambat 15 - 20 minit. Selamba badak je masuk tak bagi salam. Menonong duduk. Adeb mana adeb. Hahahahahaha. Belajar hormat orang kalau nak orang hormat kita. 

Masa aku tunggu turn aku dipanggil. Kecuali masa RPK & RSM. Aku baca sebelum test bermula. Masa tunggu turn aku buat litar dan jalan raya. Spjg tu aku baca dzikir ni.

( La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin )

Memang semuanya berjalan lancar. Korang yg nervous mcm aku ni pun, dipermudahkan urusan. InnSyaAllah. 


Ni turn aku dapat step di bawah: 

1- Start dari Jalan Raya (Jgn lupa sebut RSM tau) better korang baca dan hafal. Masa aku bg salam dekat pegawai tu, tangan shaking. Lupa nak buat apa dulu. Hahahahah. Untuk keselamatan bersama, baik korang hafal dan aku doakan korang x nervous mcm aku. Sampai pegawai JPJ tu marah aku. Haa, bila nak siap? Ramai lagi tunggu turn. Terhegeh2. Aku tak nangis. Aku nk tergelak. Nasib baik pakai mask tauuu. Takdela nampak sgt. 😂  (sila hafal jalan2 yg cikgu korang dah ajar. Signal jgn lupa bagi. Seat belt jgn lupa pakai. Terus gagal tau.

2- RPK - Tp masa ni kan. Pegawai JPJ akan panggil dua tiga orang utk melaksanakan RPK tu. Ikut tempat jugak tau. Mak aii. Meriah partner aku masa buat RPK tekan hon. Dan aku pn terlompat bahu. Bongokk. Habis RPK dia mtk maaf kat aku. Hahahahaha

Nak link RPK yg mudah korang faham tak? Ni aku share. Thanks to owner blogspot Cik Asyiqin. Sepanjang nak test JPJ. Aku baca blog dia ni je. Hahaha. Mudah faham dan lengkap. Terima kasih sudi share ilmu.

https://asyiqinroslee.blogspot.com/2019/03/nota-lengkap-rpk-rutin-pemeriksaan.html


3- Litar - just ingat formula. Bykkan berdzikir, berdoa. Sebab penuh kereta dalam litar tu. Utk elakkan korang nervous sgt. 

Masa test. Korang akan diuji dengan:

Bukit 

Selekoh

RAM

Parking

3 Penjuru


Berkat dari Allah, doa mak, family, cikgu yg bagi ilmu kawan office yg bg semangat, officer JPJ the best ever & Cikgu2 yang banyak membantu masa dalam litar. Siapa kata Pegawai JPJ tak best? Semua baik2. Walaupun tegas mcm cikgu2 kita. Tapi, dorang still manusia biasa. Hormat mereka spt mana kita menghormati ibu bapa, guru2 kita semua. Jangan main redah masuk salam apa tak bagi. Semoga berjaya pada yg akan buat test JPJ ni ya. Aku doakan semoga semuanya lulus. Aaminn. 

Thanks pada yg sudi baca blog aku. Jumpa next blog yaa. Pls support me. Assalamualaikum. PLEASE STAY SAFE, TAKE CARE. Semoga kita semua dijauhi dari wabak corona virus ni. Dan pada yg terkena wabak ni. Semoga kalian cepat sembuh. Aaminn. 


Yang Ikhlas

Cik Lina❤

Nama pun jodoh. Ye dakk.

Assalamualaikum. 

Ni aku edit balik blog 2016. lama tak meracau dalam ni.
by the way, kita mampu merancang, selebihnya ALLAH tentukan.
tak ditakdirkan utk kita teruskan apa yg telah dirancang. maaf dipinta wahai ex. mungkin kau salah menguji, dan hati aku tak kuat dgn ujian yg kau beri. maaf lagi sekali, planning kita untuk bertunang. terpaksa dibatalkan. bukan aku tak sudi. atau aku jahat. tapi kau kena faham. apa aku buat utk kau. susah senang kau. aku sentiasa berada even tak berjumpa. hanya 3 kali temujanji. dan tak sangka. pertemuan kali terakhir aku dan kau. di rumah mak ayah ni. bukan skjp perkenalan. 2008 until now 2016. tp ternyata masa lama tak membawa maksud kita mengenali seseorang dengan teliti.. semoga kita bertemu dgn seorang yg mampu menjaga kita dan saling memahami yang penting. Dan ternyata bukan jodoh kita. 

2019
Dan kau berjodoh dengan orang lain. Kawan tempat kerja kau. 
Hahaha. Patut la beriya mrh aku. Beriya nak uji aku konon. Last2 bertunang dgn orang lain rupanya. Moga anak kau nanti muka iras aku sikit. Sbb kita kan dah bermusuh. 🤣

2020
Aku mendoakan pd ex yg pernah kenal dengan aku. Semoga kalian berbahagia dgn pilihan korang. Semoga Allah temukan aku & geng single ni jodoh yg baik2. Aaminn. 


Tapi kan. Kekadang teringat balik kat ex kita kan.? Hahahahahahha. 

Ayat buaya masa bercinta:
Sy tak boleh hidup tanpa awak. Kalau awak tak kahwin dgn sy. Sy pun takkan kahwin sampai mati. 

Heyyyyyy poodahh. Ayat potong kaki. 😝😌

Friday, 15 November 2013

Kehilangan seorang ayah yang amat dicintai..


Salam sejahtera buat ayahku yang kini jauh disisiNYA.. semoga ayah tenang hendakNYA.. amin.. kami disini amat merindui ayah.. 

Pada tanggal 7hb November 2013
Kami sekeluarga pulang ke kampung di Penang untuk meraikan majlis perkahwinan bg pihak lelaki (abang ipar). perjalanan kami bermula pada jam 9pm. seperti biasa, ayah memandu , isteri tercinta disebelah , aku , aweng naik kereta yg dipandu ayah. abg ipar plk bawak kaklong, also aida. and of coz laa abg den tak ikut. kurang sihat. sampai kat rumah makcik i pukul 4am. ibarat drive ke kelantan. bhahaha#

sebab take time sampai almost 8hours. jauh kan? lalalala. sepatutnya 5jam or 4jam dah sampai. biasa laa, mak i suka jadi pemerhati terhadap meter kereta tuu.. ahakss~~ mak bebel kat ayah , sbb ayah terbawak laju.. nak jadikan cerita, mak merajuk , comel gila kot. awww! ayah pujuk pun, mak takmau. jual mahal.. amboi makk~ 

Tanggal 8hb November 2013
Macam biasa la kann, kami happy blk kampung. especially rumah makcik pakcik yang amat disayangi. ayah happy sgt time tu, adik beradik mak dtg bwk kuih, mee also sembang2 ng ayah.. ayah sambil cerita kisah dalam kereta *kisah mak merajukk tu** haha, comell weh.. romantik je time ayah cerita balik dpn dorg.. and memang tak jangka lak tu kali terakhir tgk ayah happy mcm tu.. malam ayah makan nasi kandaq, g beli n detim with my mom.. :')

Tanggal 9hb November 2013
Jam menunjukkan pukul 4am , ayah meraung kesakitan.. ayah kata sakit perut dan pinggang.. Ya ALLAH, time tu dengan muka mamai aku , aku g kat ayah. tanya, "kenapa yah ?? ayah okay tak ??"jawapan ayah hanya satu, "ayah sakit ! sakit sangat !" aku gelabah laa. ayah aku sakit.. then, ayah mintak bawak ke hospital. nasib baik makcik aku ada. makcik aku la drive bwk kami ke hosp. dengan mak , aku, aweng..

ayah masuk ke emergency hosp kepala batas. seriously, service kat emergency sikit pun tak bagus. macam hantu. ada patient tgh sakit, korang boleh buat taktau je. apa laa bodoh sangat makan gaji buta? sepatutnya kau sorongkan kerusi roda tu hulur kat patient. weh , patient tu sakit. kalau setakat kerja nak makan gaji buta. tak payah kerja situ. aku memang panas dgn perkhidmatan yang sangat menyakitkan hati tu. then doc pun mcm haprak. kau doc, tapi mana level study kau ? aku ni memang la belajo tak tinggi, sebab kau belajo tinggi laa sepatutnya, kau alert pasal patient. ni tak , kau biar je ayah aku cmtu. aku sabo sebab kau doc. 

then transfer ayah aku ke hosp sbrg jaya plk. tu pun pukul 2pm. choi. ayah dh sakit teruk, lu baru nak pndahkan dia. mmg aku nak tumbuk je korg. service talak bagus ! hoh ! sabar yunk, sabar.. sebab aku sabar laa, aku tak tumbuk muka dorg! sampai je kat sana, ayah terus masuk wad. dah masuk, kena lak inject macam2. mula2 ayah masih boleh bercakap. sampai satu tahap. ayah masuk ICU, dorg bg apa kat ayah. ayah dah tak boleh cakap.. aku dah tak dengar suara ayah.. bila aku bisik kat telinga ayah, ayah hanya mampu gerakkan tgn , kaki, mulut. tapi mata ayah dah terpejam rapi. sekali je ayah sempat pandang aku masa kat ICU.. Ya ALLAH, betapa gembiranya aku, bila ayah pandang aku..tp hanya sementara.. lepastu ayah back to critical.. selama dua hari.. aku sentiasa bisikkan kata2 semangat buat ayah.. semoga ayah cepat sembuh, semoga ayah kuat, adik sayangkan ayah... mengucap di telinga ayah.. pada pukul 10:30am, nurse bgtau aku, ayah tenat.. longgar lutut aku, macam nak tercabut jantung.. aku hampir pitam bila dgr ayah dh tenat,, Ya ALLAH, aku tak kuat.. aku cuba pegang phone tuk call mak, menggeletar jari tangan aku.. bila aku call mak, "mak, ayah dah tenat,,,cepat dtg,,,," hanya tu yg mampu aku katakan, dengan teresak2 menahan airmata.. aku mengucap di telinga ayah.. dalam pukul 10:45am, mak, along, abg,aweng, aida dtg.. mak menitiskan airmata kat pipi ayah.. mak berikan kata2 akhir pada ayah.. yang aku tau, ayah sgt tenat.. aku terjatuh disisi ayah.. ayah pergi pada jam 11:05am 11 hb Nov.. kami redha.. ALLAH lebih sayangkan ayah..