Assalamualaikum.
Hi korang yang otw test JPJ lesen kereta Auto. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat. Aku doakan semoga korang semua akan lulus dgn jayanya. Berdoa banyak2, jangan lupa step yg cikgu ajar. Sebab setiap sekolah memandu yg korang belajar. Cikgu akan ada FORMULA masing2 utk ajar anak murid dia. Btw, aku lulus pd umur 30. Ya Allah. Lambat kan aku ambik lesen? Sebab aku tak yakin. Hahahahaha.
Sebelum ni aku ambik kelas kereta manual. Sebelum terlupa, lesen L aku almost 2 years. Bulan 3 - 2021 akan expired. Cikgu aku dah nak booking Pra Test, aku tak boleh buat dah. Sebab kereta asyik termati je. Kau ghasa? Hahahahaha. Tu yang mak aku suggest tukar ke kelas Auto. Bekat doa mak jugak la, daoat cikgu baik, bekas tentera lagi. Cara dia & cikgu manual aku mengajar, walaupun kena basuh. Tapi slow aku ni masih blh masuk lagi ilmu yg dorang bagi. Thanks cikgu. Aku tambah kelas sehari sebelum test JPJ. Alhamdulillah aku berjaya harungi dua bulan kelas auto ni dengan jayanya. Tapi, aku respect awek2 yang boleh bawak manual ni. Rare. Aumm.
Masa hari test JPJ:
Take note k guys. Baca la doa apa2 yg korang pernah belajar utk bagi cepat lulus tau. Lepas tu, hafal step, formula dan rajin2 review blog cara2 nak terangkan komponen2 dalam dan luar kereta tu, walaupun kau tu slow atau lambat tangkap mcm aku. Sangat2 penting. Jangan biasakan diri dgn apa yg kita dah biasa buat. Alhamdulillah, aku lulus ujian tu walaupun aku jenis kelam kabut, nervous dan especially MELATAH. Hahhahhaa.
Date test jpj aku baru ni 30/09/2020, dekat selangor area. Terbahagi dgn 3 sesi. No 1 hingga No terakhir. Dan test JPJ ni ada 3 bahagian. Lain sekolah memandu, lain permulaan test tau. Tak sama. Dan ikut jugak pada JPJ yg buat test utk sekolah korang nanti.
Sebelum nak start test tu, korang akan diberi taklimat dalam setengah jam. Berkaitan dengan cara2 dengar arahan dari Pegawai JPJ yg bertugas. Atau alert bahagian mana yg perlu korang toleh utk tekan hon dan angkat tgn. Sblm ni, cikgu aku ajar jgn main hon. Sbb aku pn mudah terkejut. 😌
Masa nak taklimat ni. Aku terlambat sampai. 8.35 am. Tercungap cungap jalan ke bilik utk sesi 1. Aku dengan segan silunya duduk dekat kerusi depan sekali. Bagi salam dan mintak maaf sbb lambat. Yg lain lambat 15 - 20 minit. Selamba badak je masuk tak bagi salam. Menonong duduk. Adeb mana adeb. Hahahahahaha. Belajar hormat orang kalau nak orang hormat kita.
Masa aku tunggu turn aku dipanggil. Kecuali masa RPK & RSM. Aku baca sebelum test bermula. Masa tunggu turn aku buat litar dan jalan raya. Spjg tu aku baca dzikir ni.
( La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin )
Memang semuanya berjalan lancar. Korang yg nervous mcm aku ni pun, dipermudahkan urusan. InnSyaAllah.
Ni turn aku dapat step di bawah:
1- Start dari Jalan Raya (Jgn lupa sebut RSM tau) better korang baca dan hafal. Masa aku bg salam dekat pegawai tu, tangan shaking. Lupa nak buat apa dulu. Hahahahah. Untuk keselamatan bersama, baik korang hafal dan aku doakan korang x nervous mcm aku. Sampai pegawai JPJ tu marah aku. Haa, bila nak siap? Ramai lagi tunggu turn. Terhegeh2. Aku tak nangis. Aku nk tergelak. Nasib baik pakai mask tauuu. Takdela nampak sgt. 😂 (sila hafal jalan2 yg cikgu korang dah ajar. Signal jgn lupa bagi. Seat belt jgn lupa pakai. Terus gagal tau.
2- RPK - Tp masa ni kan. Pegawai JPJ akan panggil dua tiga orang utk melaksanakan RPK tu. Ikut tempat jugak tau. Mak aii. Meriah partner aku masa buat RPK tekan hon. Dan aku pn terlompat bahu. Bongokk. Habis RPK dia mtk maaf kat aku. Hahahahaha
Nak link RPK yg mudah korang faham tak? Ni aku share. Thanks to owner blogspot Cik Asyiqin. Sepanjang nak test JPJ. Aku baca blog dia ni je. Hahaha. Mudah faham dan lengkap. Terima kasih sudi share ilmu.
https://asyiqinroslee.blogspot.com/2019/03/nota-lengkap-rpk-rutin-pemeriksaan.html
3- Litar - just ingat formula. Bykkan berdzikir, berdoa. Sebab penuh kereta dalam litar tu. Utk elakkan korang nervous sgt.
Masa test. Korang akan diuji dengan:
Bukit
Selekoh
RAM
Parking
3 Penjuru
Berkat dari Allah, doa mak, family, cikgu yg bagi ilmu kawan office yg bg semangat, officer JPJ the best ever & Cikgu2 yang banyak membantu masa dalam litar. Siapa kata Pegawai JPJ tak best? Semua baik2. Walaupun tegas mcm cikgu2 kita. Tapi, dorang still manusia biasa. Hormat mereka spt mana kita menghormati ibu bapa, guru2 kita semua. Jangan main redah masuk salam apa tak bagi. Semoga berjaya pada yg akan buat test JPJ ni ya. Aku doakan semoga semuanya lulus. Aaminn.
Thanks pada yg sudi baca blog aku. Jumpa next blog yaa. Pls support me. Assalamualaikum. PLEASE STAY SAFE, TAKE CARE. Semoga kita semua dijauhi dari wabak corona virus ni. Dan pada yg terkena wabak ni. Semoga kalian cepat sembuh. Aaminn.
Yang Ikhlas
Cik Lina❤
No comments:
Post a Comment