Friday, 15 November 2013

Kehilangan seorang ayah yang amat dicintai..


Salam sejahtera buat ayahku yang kini jauh disisiNYA.. semoga ayah tenang hendakNYA.. amin.. kami disini amat merindui ayah.. 

Pada tanggal 7hb November 2013
Kami sekeluarga pulang ke kampung di Penang untuk meraikan majlis perkahwinan bg pihak lelaki (abang ipar). perjalanan kami bermula pada jam 9pm. seperti biasa, ayah memandu , isteri tercinta disebelah , aku , aweng naik kereta yg dipandu ayah. abg ipar plk bawak kaklong, also aida. and of coz laa abg den tak ikut. kurang sihat. sampai kat rumah makcik i pukul 4am. ibarat drive ke kelantan. bhahaha#

sebab take time sampai almost 8hours. jauh kan? lalalala. sepatutnya 5jam or 4jam dah sampai. biasa laa, mak i suka jadi pemerhati terhadap meter kereta tuu.. ahakss~~ mak bebel kat ayah , sbb ayah terbawak laju.. nak jadikan cerita, mak merajuk , comel gila kot. awww! ayah pujuk pun, mak takmau. jual mahal.. amboi makk~ 

Tanggal 8hb November 2013
Macam biasa la kann, kami happy blk kampung. especially rumah makcik pakcik yang amat disayangi. ayah happy sgt time tu, adik beradik mak dtg bwk kuih, mee also sembang2 ng ayah.. ayah sambil cerita kisah dalam kereta *kisah mak merajukk tu** haha, comell weh.. romantik je time ayah cerita balik dpn dorg.. and memang tak jangka lak tu kali terakhir tgk ayah happy mcm tu.. malam ayah makan nasi kandaq, g beli n detim with my mom.. :')

Tanggal 9hb November 2013
Jam menunjukkan pukul 4am , ayah meraung kesakitan.. ayah kata sakit perut dan pinggang.. Ya ALLAH, time tu dengan muka mamai aku , aku g kat ayah. tanya, "kenapa yah ?? ayah okay tak ??"jawapan ayah hanya satu, "ayah sakit ! sakit sangat !" aku gelabah laa. ayah aku sakit.. then, ayah mintak bawak ke hospital. nasib baik makcik aku ada. makcik aku la drive bwk kami ke hosp. dengan mak , aku, aweng..

ayah masuk ke emergency hosp kepala batas. seriously, service kat emergency sikit pun tak bagus. macam hantu. ada patient tgh sakit, korang boleh buat taktau je. apa laa bodoh sangat makan gaji buta? sepatutnya kau sorongkan kerusi roda tu hulur kat patient. weh , patient tu sakit. kalau setakat kerja nak makan gaji buta. tak payah kerja situ. aku memang panas dgn perkhidmatan yang sangat menyakitkan hati tu. then doc pun mcm haprak. kau doc, tapi mana level study kau ? aku ni memang la belajo tak tinggi, sebab kau belajo tinggi laa sepatutnya, kau alert pasal patient. ni tak , kau biar je ayah aku cmtu. aku sabo sebab kau doc. 

then transfer ayah aku ke hosp sbrg jaya plk. tu pun pukul 2pm. choi. ayah dh sakit teruk, lu baru nak pndahkan dia. mmg aku nak tumbuk je korg. service talak bagus ! hoh ! sabar yunk, sabar.. sebab aku sabar laa, aku tak tumbuk muka dorg! sampai je kat sana, ayah terus masuk wad. dah masuk, kena lak inject macam2. mula2 ayah masih boleh bercakap. sampai satu tahap. ayah masuk ICU, dorg bg apa kat ayah. ayah dah tak boleh cakap.. aku dah tak dengar suara ayah.. bila aku bisik kat telinga ayah, ayah hanya mampu gerakkan tgn , kaki, mulut. tapi mata ayah dah terpejam rapi. sekali je ayah sempat pandang aku masa kat ICU.. Ya ALLAH, betapa gembiranya aku, bila ayah pandang aku..tp hanya sementara.. lepastu ayah back to critical.. selama dua hari.. aku sentiasa bisikkan kata2 semangat buat ayah.. semoga ayah cepat sembuh, semoga ayah kuat, adik sayangkan ayah... mengucap di telinga ayah.. pada pukul 10:30am, nurse bgtau aku, ayah tenat.. longgar lutut aku, macam nak tercabut jantung.. aku hampir pitam bila dgr ayah dh tenat,, Ya ALLAH, aku tak kuat.. aku cuba pegang phone tuk call mak, menggeletar jari tangan aku.. bila aku call mak, "mak, ayah dah tenat,,,cepat dtg,,,," hanya tu yg mampu aku katakan, dengan teresak2 menahan airmata.. aku mengucap di telinga ayah.. dalam pukul 10:45am, mak, along, abg,aweng, aida dtg.. mak menitiskan airmata kat pipi ayah.. mak berikan kata2 akhir pada ayah.. yang aku tau, ayah sgt tenat.. aku terjatuh disisi ayah.. ayah pergi pada jam 11:05am 11 hb Nov.. kami redha.. ALLAH lebih sayangkan ayah.. 



No comments:

Post a Comment